Saturday, 19 December 2015

Pembetulan Mindset !

بسم الله الرحمن الرحيم.

✨Perbetulkan mindset!

Tugas belajar bukan tugas yang kita cari, tetapi tugas yg ditaklifkan oleh Allah ke atas kita.

Tugasan belajar adalah tugasan ibadah, tugasan jihad dan tugasan keagamaan!

Dalam belajar hanya ada 2 I.. Apa itu 2 I?

Pertama: Ikhlas (ia adalah tujuan).Ikhlas kerana Allah ,Menuntut ilmu untuk menjadi hambaNya.

Kedua: Ittiba ' dengan sunnah rasulullah (ia adalah jalan)

Belajarlah untuk memenuhi tujuan hidup, bukan untuk memenuhi keperluan hidup!

Berbalik kepada belajar adalah ibadah tadi. Apabila belajar itu dianggap ibadah, ia akan memberi kesan iaitu lebih Taqarrub kepada Allah.

Tetapi,mengapa ya, ramai yang belajar,semakin tinggi semakin bongkak dan tinggi diri?

Bermakna, dia belum sampai ke tahap, menganggap belajar itu ibadah!
 
✨Ketaqwaan pada Allah
 
Orang yang berilmu, semakin tinggi ilmunya semakin tinggi ketaqwaanya kepada Allah.

Allah pernah menyebut dalam firmannya, “sesungguhnya orang yang takut pada Allah adalah orang alim (ulamak)..”

Ilmu itu adalah ketibaan makna pada jiwa, bukan pada akal semata-mata

✨Pesanan buat penuntut ilmu
 
Ilmu itu sifatnya cahaya..cahaya Allah itu sifatnya menolak untuk berada dalam hati yang dipenuhi maksiat!

✨Stress dalam menuntut ilmu
 
Menuntut ilmu, sepatutnya tiada tekanan..kerana matlamat kita adalah Allah.
 
Stress adalah fitrah. Allah kurniakan stress untuk kita lebih maju kehadapan. Stress ibarat geseran dalam hukum fizik, dengan geseran, kita akan dapat berdiri tegak. jika tiada geseran, kita tidak mampu berdiri, badan kita akan meluncur.
 
✨Bagaimana menangani stress?
 
Ingat! utk tenang mesti ingat Allah.

Belajar dengan niat kerana Allah, menjadi hamba dan khalifahnya!

Apabila belajar kerana Allah, kekuatan akan hadir secara luar biasa!

Kekuatan dan ketabahan akan hadir kerana harapanmu dalam belajar adalah agar Allah bantu.

💥Kerana Aku Bukan Mahasiswa Pendrive!

Elakkan menjadi mahasiwa pendrive hanya tumpahkan ilmu ke kertas jawapan peperiksaan..seperti fungsi pendrive yang paste folder ke laptop.

Mahasiswa pendrive akan lebih cenderung untuk copy ilmu semata-mata, tetapi tiada ruh yang mengiringi ilmu tersebut.

✨Study smart vs study hard

Allah tidak menilai Effect, tetapi Allah menilai Effort!

Allah tidak menilai kamu dean`s list atau tidak, tetapi yang Allah lihat adalah usaha kamu.

Allah tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Allah cipta kebijaksanaan yang berbeza.

Hidup adalah untuk complete each other,  bukan to compete with others.

""PeSanan Terutama DiRiku INi""

Sunday, 13 December 2015

Cara menjemput rezeki

1. Jangan tinggal solat dan solat di awal waktu(solat berjemaah di masjid atau surau sekurang2nya maghrib, isyak dan subuh)

2. Sentiasa sedekah walaupun 10 sen dan paling utama sedekah pada ibu bapa hasil dari duit kita bekerja (power of sedekah akan ada rezeki yg tak di sangka)

3. Sentiasa solat dhuha (pukul 7.30-11.30)

3. Sentiasa solat sunat hajat (lepas solat zohor dan maghrib)

4. Sentiasa solat sunat taubat nasuha (setiap kali lepas solat isyak)

5. Membaca Al-quran sekurang2nya sehelai sehari

6.minta doa dari ibu bapa supaya kita di murahkn rezeki dan kaya raya dunia dan akhirat

7. Sentiasa bantu orang dan yg paling utama ibu bapa

9. Sebelum tidur baca 3 kul dan memaafkan kesalahan org pada kita dan niat solat tahajud

10. Amalkan ayat 1000 dinar (sebelum mulakan kerja)

11.berusaha,tawakal, yakin dan percaya rezeki datang dari Allah dn bersyukurlah).

.....anda buat anda dapat ^_^

Saturday, 17 October 2015

Cara guna duit PTPTN dengan berhemah; "Kaedah Duit Sampul"

"Biar tak mewah, janji tak melarat"

Tu adalah salah satu prinsip hidup aku. Nak citer pasal money management sikit. Waktu degree dulu aku memang cukup pelik dengan kawan2 aku yang dapat JPA bila hujung sem cakap duit dah abes. JPA tu dapat RM4800 kot satu sem.

Kalau yang PTPTN tu lagi la, lepas setengah sem dah mula 'melarat'. Sebenarnya semua ni berpunca daripada dalam diri sendiri. Pantang dapat duit banyak sikit, mula la nak bermewah beli handset baru la, makan restoran mewah2.

Aku dulu duit PTPTN yang RM3500/sem tu boleh tahan sampai masuk duit PTPTN next sem. Kita semua dah tau yang duit PTPTN/JPA yang masuk tu gunanya untuk sepanjang semester. So plan la elok2 untuk menampung perbelanjaan satu semester.

Untuk tujuan tu, aku guna kaedah sampul start dari sem satu degree. In fact sampai sekarang, walaupun dah kerja, aku masih guna kaedah yang sama. Caranya, setiap bulan aku akan keluarkan duit untuk perbelanjaan sebulan dan masukkan dalam sampul. Waktu study dlu, aku bajet sehari RM12. So setiap pagi sebelum keluar bilik aku akan ambil RM12 dari dalam sampul, dan masukkan dalam wallet. So, sehari memang bayak tu je aku guna untuk belanja. Malam sebelum tidur, aku akan kosongkan balik wallet.

Duit lebih aku akan masuk dalam sampul lain sebagai simpanan. Selalunya aku dapat simpan at least RM3 sehari. Hujung bulan, kalau aku nak enjoy sikit aku akan guna duit dalam sampul simpanan. Tak perlu risau guna duit simpanan sebab duit untuk hari2 akan datang telah diasingkan siap.

Alhamdulillah aku dapat dok kolej sepanjang pengajian sebab aku agak aktif aktiviti2 UiTM. Menyibukkan diri dengan aktiviti2 persatuan pun salah satu daripada cara mengurangkan pengaruh2 nafsu untuk enjoy. Aku pun dulu tak ada motor. Nak ke mana2 dalam UiTM pun semua jalan kaki. So makan pun kat DC je. Tak de la nak merayap makan2 kat kafe/restoran luar yang mahal. Dalam persatuan, aku ada jugak terlibat uruskan makan untuk aktiviti dengan kedai2 kat DC. So bila dah selalu berurusan, akak/makcik kat DC pun dah kenal aku. So, selalulanya aku akan dapat makanan murah sikit daripada orang lain.

Sampai sekarang, Alhamdulillah aku tak penah lagi sampai tahap 'melarat' yang mana nak kena catu makanan, makan maggi or roti je. So mungkin korang juga boleh adapt kaedah sampul ni ni dalam pengurusan wang seharian. Apa2 pun, kena disiplin.

‪#‎WeLoveUiTM‬ ‪#‎UiTM‬ ‪#‎UiTMDiHatiku‬

Dipetik dari UITM Confessions di facebook :)
19hb April
‪#‎UiTMconfessions_7189‬
‪#‎ShahAlamCampus‬

"Awak.. Saya sayangkan awak.."

"Awak....    mari duduk depan saya"

"Kenapa?"

"Awk, saya sayang awak kerana Allah. Nanti bila dekat sana bila awk jumpa Allah.. Saya mohon awk jangan tarik pahala saya..selepas saya bagi tau awk semua ni"

"Apa?"

"1- Tudung awak,dah sempurna pakai tudung.. Cuma,labuhkan bahagian hadapan tu.. Tutup "dada".
Tu yangg Islam ajar

2-Kaki awak,pakai stoking tak wajib. Tapi,yang wajib itu tutup kaki.. Pakai stoking salah satu cara nak tutup

Kalau awk nak pakai kasut Pau cu kang..kotak dekat kaki. Terpulanglah.. Janji awk tutup

3-Baju awak,pakai tudung cantik dah.. Labuhkan dah.. Awak labuhkan juga bahagian lengan tu..
Kalau awak nak lebih selamat,awak pakai la sarung tangan..
Besarkan baju awak.. Biar nampak kolot di mata orang.. Tapi,tidak di mata Allah

4-Muka awak,Allah dah cantikkan. Jgan palsukan muka awk  dgan 'cat warna-warni'

5-Awak,saya sayangkan awak sebagai sahabat.. Saya harap awk berubah penampilan

Awk sudah tahu kan? Mohon ubah ye awk

Saya tak sanggup nak tengok awk dijilat api

Awak,ambil lighter,mancis..panaskan jari awak..awak mampu tahan ke? Tidakkan

Masakan awak nak menentang kuasa Dia.:. Azab Dia..maka Ubahlah"

-Maafkan saya, kawan - ..  
Nasihat dari saya,  jika semua orang yang berpeluang  membaca nasihat ringkas ini, kemudian menghantar atau share kepada semua orang yang anda tahu, saya yakin dan  percaya anda sangat 'penyayang' kepada rakan2 anda..:')