Saturday, 17 October 2015

Cara guna duit PTPTN dengan berhemah; "Kaedah Duit Sampul"

"Biar tak mewah, janji tak melarat"

Tu adalah salah satu prinsip hidup aku. Nak citer pasal money management sikit. Waktu degree dulu aku memang cukup pelik dengan kawan2 aku yang dapat JPA bila hujung sem cakap duit dah abes. JPA tu dapat RM4800 kot satu sem.

Kalau yang PTPTN tu lagi la, lepas setengah sem dah mula 'melarat'. Sebenarnya semua ni berpunca daripada dalam diri sendiri. Pantang dapat duit banyak sikit, mula la nak bermewah beli handset baru la, makan restoran mewah2.

Aku dulu duit PTPTN yang RM3500/sem tu boleh tahan sampai masuk duit PTPTN next sem. Kita semua dah tau yang duit PTPTN/JPA yang masuk tu gunanya untuk sepanjang semester. So plan la elok2 untuk menampung perbelanjaan satu semester.

Untuk tujuan tu, aku guna kaedah sampul start dari sem satu degree. In fact sampai sekarang, walaupun dah kerja, aku masih guna kaedah yang sama. Caranya, setiap bulan aku akan keluarkan duit untuk perbelanjaan sebulan dan masukkan dalam sampul. Waktu study dlu, aku bajet sehari RM12. So setiap pagi sebelum keluar bilik aku akan ambil RM12 dari dalam sampul, dan masukkan dalam wallet. So, sehari memang bayak tu je aku guna untuk belanja. Malam sebelum tidur, aku akan kosongkan balik wallet.

Duit lebih aku akan masuk dalam sampul lain sebagai simpanan. Selalunya aku dapat simpan at least RM3 sehari. Hujung bulan, kalau aku nak enjoy sikit aku akan guna duit dalam sampul simpanan. Tak perlu risau guna duit simpanan sebab duit untuk hari2 akan datang telah diasingkan siap.

Alhamdulillah aku dapat dok kolej sepanjang pengajian sebab aku agak aktif aktiviti2 UiTM. Menyibukkan diri dengan aktiviti2 persatuan pun salah satu daripada cara mengurangkan pengaruh2 nafsu untuk enjoy. Aku pun dulu tak ada motor. Nak ke mana2 dalam UiTM pun semua jalan kaki. So makan pun kat DC je. Tak de la nak merayap makan2 kat kafe/restoran luar yang mahal. Dalam persatuan, aku ada jugak terlibat uruskan makan untuk aktiviti dengan kedai2 kat DC. So bila dah selalu berurusan, akak/makcik kat DC pun dah kenal aku. So, selalulanya aku akan dapat makanan murah sikit daripada orang lain.

Sampai sekarang, Alhamdulillah aku tak penah lagi sampai tahap 'melarat' yang mana nak kena catu makanan, makan maggi or roti je. So mungkin korang juga boleh adapt kaedah sampul ni ni dalam pengurusan wang seharian. Apa2 pun, kena disiplin.

‪#‎WeLoveUiTM‬ ‪#‎UiTM‬ ‪#‎UiTMDiHatiku‬

Dipetik dari UITM Confessions di facebook :)
19hb April
‪#‎UiTMconfessions_7189‬
‪#‎ShahAlamCampus‬

"Awak.. Saya sayangkan awak.."

"Awak....    mari duduk depan saya"

"Kenapa?"

"Awk, saya sayang awak kerana Allah. Nanti bila dekat sana bila awk jumpa Allah.. Saya mohon awk jangan tarik pahala saya..selepas saya bagi tau awk semua ni"

"Apa?"

"1- Tudung awak,dah sempurna pakai tudung.. Cuma,labuhkan bahagian hadapan tu.. Tutup "dada".
Tu yangg Islam ajar

2-Kaki awak,pakai stoking tak wajib. Tapi,yang wajib itu tutup kaki.. Pakai stoking salah satu cara nak tutup

Kalau awk nak pakai kasut Pau cu kang..kotak dekat kaki. Terpulanglah.. Janji awk tutup

3-Baju awak,pakai tudung cantik dah.. Labuhkan dah.. Awak labuhkan juga bahagian lengan tu..
Kalau awak nak lebih selamat,awak pakai la sarung tangan..
Besarkan baju awak.. Biar nampak kolot di mata orang.. Tapi,tidak di mata Allah

4-Muka awak,Allah dah cantikkan. Jgan palsukan muka awk  dgan 'cat warna-warni'

5-Awak,saya sayangkan awak sebagai sahabat.. Saya harap awk berubah penampilan

Awk sudah tahu kan? Mohon ubah ye awk

Saya tak sanggup nak tengok awk dijilat api

Awak,ambil lighter,mancis..panaskan jari awak..awak mampu tahan ke? Tidakkan

Masakan awak nak menentang kuasa Dia.:. Azab Dia..maka Ubahlah"

-Maafkan saya, kawan - ..  
Nasihat dari saya,  jika semua orang yang berpeluang  membaca nasihat ringkas ini, kemudian menghantar atau share kepada semua orang yang anda tahu, saya yakin dan  percaya anda sangat 'penyayang' kepada rakan2 anda..:')