Wednesday, 13 April 2016

Merendah diri .

Asalamualaikum. Satu Peringatan buat Diri kita. Marilah kita renung & sama-sama kita ambil iktibar;

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH:

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui FB dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Pergi bercuti , upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin tak boleh nk makan mcm kita. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, mungkin ada di kalangan mereka yang bergaji kecil shj. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang biasa2 sj. Ada yang tengok gambar percutian kita, mungkin ada di kalangan mereka yg tidak mmpu @ tidak sempat pergi bercuti dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

BENARLAH APA YANG DICORETKAN OLEH SOHIBUL HIKAM AL IMAM IBN ATHOILLAH ASSAKANDARI DLM KALAM HIKMAH YANG KE-11 :

'Kuburkanlah keberadaan kamu (kemahsyuran/kekayaan dll) di bumi yang tandus (tdk diketahui sesiapa) kerana sesuatu yang tumbuh tanpa di tanam akan menghasilkan hasil yg tidak sempurna..)

mudah2an kita mendapat manfaat daripadanya...

No comments:

Post a Comment