Tuesday, 12 October 2021

Kehidupan

Ketika alam mula menghentam kamu, ketika jiwa mulai tidak berhenti mencari arah. Tubuh yang dulu lincah memperjuangkan setiap keinginan hati kini kehilangan tenaga dan kuasa.

"Hidup ini benar-benar tiada nilai bagi aku."
"Life is about your spirit successfully connects with your God."


Hi, I am Aisha Medori. Sudah lama tidak menulis di blog. Aisha mula ubah style Aisha express pandangan Aisha kepada dunia dan harap setiap yang Aisha tulis, pengalaman Aisha sepanjang karangan null Aisha selama hampir  5 tahun Aisha menghilang diambil pengajaran oleh pembaca sekalian.

Bagi Aisha setiap yang Aisha hadapi sepanjang hidup Aisha ialah hasil perancangan Allah Taala. Aisha hanya berserah sekiranya Aisha hadapi ujian-ujian yang roh Aisha tak mampu tanggung. Aisha bersyukur atas setiap kejayaan yang Tuhan pernah hadiahkan untuk Aisha berkat kesabaran Aisha hadap kata-kata orang terhadap Aisha, penganiayaan, kata-kata kesat, penghinaan kepada Aisha tanpa mengetahui keadaan sebenar Aisha serta kisah silam Aisha, Tuhan sentiasa gantikan dengan kejayaan dan kekayaan buat Aisha.

Dulu Aisha selalu flex atau 'peghak' orang Utara panggil dengan kejayaan Aisha.
Kini, bila kejayaan tak kunjung tiba Aisha tertanya tanya apa yang tidak kena.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ

"None has the right to be worshipped except Allah there is no power nor strength or movement except by Allah the Lofty, the Great"

Dulu masa Aisha study di UIA Gombak, Aisha tak faham bila ustazah kata, jika dalam kesempitan, kesusahan, kita perlu ucapkan kalimat diatas, "Tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah, tidak ada kekuatan kecuali oleh Allah yang Maha Tinggi, Yang Agung". Kesempitan akan diluaskan, kesusahan akan di angkat dari dada.

Aisha jujur Aisha tidak dalami atau fahami, kenapa kita perlu yakin yang setiap kekuatan datang dari Allah, bukankah ia hasil dari usaha Aisha yang rajin dan fokus usaha siang dan malam. 

Pada suatu hari, Aisha kerap bersedih sebab doa Aisha dalam karier tidak dimakbulkan. Pada hari yang sama, Aisha tersedar Aisha dianiaya oleh rakan sekerja Aisha dan Aisha terdetik hati tentang Aisha mahukan 'sesuatu'. Allah pernah berfirman, doa orang teraniaya ialah salah satu doa yang termakbul. Tup tup Aisha dapat sesuatu itu. Ada satu saat yang Aisha minta small matter dari Tuhan, contohnya Aisha teringin sangat makan manggis, pada keesokan harinya Aisha dapat manggis hasil dari borong housemate Aisha.

Ketika jiwa sangsara Aisha tak sangka doa-doa Aisha dimakbulkan. Dari situlah Aisha mula takut, Aisha 'nampak Tuhan' melalui doa-doa Aisha, menyebabkan Aisha mula tutup aurat dengan sempurna. Jihad yang paling susah bagi Aisha ialah tutup aurat jujur Aisha sangat sukakan attention dan cinta, permata mahkota indah Aisha tayangkan. Namun, lagi banyak Aisha ikut perintah Allah, lagi banyak doa-doa AIsha dimakbulkan dan Aisha pasang cita-cita untuk masuk Syurga Firdaus, walaupun Aisha seorang pendosa. Aisha sedar Aisha lemah iman, kadang terpesong akidah atas nafsu dunia yang Aisha cintai, tetapi guys, percayalah, buat apa Allah suka, nescaya doa dan permintaan awak akan diangkat olehNya.

Setiap ilmu adalah cahaya dan sekiranya Aisha katakan doa orang teraniaya difirmankan Allah akan di angkat terus direct ke langit.

Tidak perlu membalas dendam, hanya Doa

Aisha nak kasi tahu korang, walaupun seseorang nampak lembut dan tidak melawan, korang kena jaga kata-kata terhadap dia. Kenapa? Dia tidak balas dendam tetapi dia berdoa. Andai kata hati dia terdetik rasa sayu teramat sangat atas tindakan awak, tiap detik hati yang terlintas sesaat pasal awak akan dimakbulkan Tuhan. Jangan tanya kenapa hidup awak tidak tenteram / bahagia.

Memaafkan dan meminta maaf

Aisha perasan netizan di Malaysia ni kerap jadi Keyboard Warrior. Aisha bukan tak kasi korang ambil tahu, jaga tepi kain orang malah mengubah sesuatu yang you judge sebagai perkara munkar. Kata-kata kena jaga tau. Kadang you tidak ada emphaty terhadap apa yang di hadapi seseorang, atas dasar inginkan populariti sanggup melakukan fitnah dan prasangka. Bila ramai sokong di social media pasti kita rasa bangga sedangkan menambah saham derita pada mangsa. 

Aisha pernah disalah arti tau, masa tu memang kelu, tiada kata. All the tortures rent free in my head for 2 weeks dan Aisha jatuh sakit.

Meminta maaf dan memaafkan lah. Aisha nak kita semua jaga silaturahim sesama rakyat Malaysia. Ingat, garam pun kelihatan serupa dengan gula. Jangan berprasangka ok


Sampai sini saja penulisan Aisha dalam post kali ini. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk atas diri saya sendiri. Kalau korang rasa nak Aisha buat posting lagi boleh komen di section comment di bawah. Andai kata you berminat untuk improve cara Aisha mempamerkan hasrat dan idea Aisha boleh email di appledoe95@gmail.com

Semoga memberi manfaat, walau tidak seberapa ilmu yang Aisha sharekan ini. :)

<3 Aisha 

cc: Aisha tak recheck atau edit sebarang perkataan/typo, mungkin post ini akan ada misconcept. But Aisha malas edit. Hope korang ambil yang baik sahaja. Komen yang murni-murni juga ya 

No comments:

Post a Comment